Kak Long nak pesan.
Antara ujian ketika meniti hari tua adalah ujian dengan adik beradik sedarah sedaging.
Ujian ini bukan ujian main-main macam zaman kanak-kanak dahulu.
Jika dahulu zaman budak-budak, air dicincang takkan putus.
Tapi perbalahan adik beradik apabila semuanya sudah dewasa dan meniti hari tua, boleh memecah belahkan keluarga dan ikatan kasih sayang di jiwa jika tidak diuruskan dengan baik.
Tuhan akan menguji hati setiap adik beradik. Ini pasti. Sebab hidup adalah medan ujian.
Pada masa semuanya sudah besar panjang dan dewasa, adik beradik ramai yang sudah independent, berkeluarga sendiri, mempunyai komitmen dan aset masing-masing.
Tibalah masa hati setiap adik beradik diuji dalam mengemudi sangkaan dan persepsi terhadap adik beradik sendiri.
Janganlah yang miskin dan susah dipukul rata sebagai malas.
Janganlah yang kaya raya dipukul rata sebagai sombong dan lupa diri.
Janganlah yang tidak habis darjah enam dianggap bodoh dan tiada masa depan.
Janganlah yang pandai, ada PhD dianggap lupa daratan.
Jangan, jangan, jangan. Memang banyak larangan dalam menjaga hubungan kekeluargaan.
Ianya tentang self-control, tentang bagaimana setiap adik beradik mengawal lidah dan sangkaan terhadap adik beradik yang lain.
Jika setiap adik beradik cakna akan kerja syaitan untuk memecah belahkan ikatan ke keluargaan, maka agak susah juga kerja syaitan untuk menggoda setiap adik beradik agar sentiasa bersangka-sangka buruk antara satu sama lain.
Sebab, perompak akan memecah rumah yang mana penghuninya ketika itu sedang leka atau lupa.
Maka, susahkanlah kerja syaitan dengan sentiasa mendoakan adik beradik kita dalam solat dan dalam sujud kita.
Sukarkan kerja syaitan dengan berusaha membuang sebarang rasa dendam atau buruk sangka dengan adik beradik yang problematic.
Lihat ke wajah adik beradik dengan bayangan ketika setiap mereka masih baby atau masih budak-budak comel. Ini kunci mengekalkan kasih sayang antara adik beradik. Kekalkan memori comel di minda tentang mereka.
Apabila ada karenah adik beradik yang sangat menguji kesabaran, of course lah kita pasti marah. Ini lumrah.
Tapi, selepas cool down, kenang dan sentiasa ingat momen-momen comel dan lucu bersama adik beradik.
Bayangkan mata bundar Alang ketika kita menggomolnya di waktu dia masih bayi.
Bayangkan pula tangan mungil Ucu ketika kita memeluknya dikala dia takutkan gelap dahulu.
Bayangkan wajah mulus Kak Ngah ketika dia mengelap hingus yang berjejeh di hidung kita.
Bayangkan muka comot Abang Teh yang tega menggendong kita ketika kita main dukung-dukung dulu.
.
Kita sayang kan adik beradik kita, kan?
.
.
Jika ada adik beradik yang mengadu pada kita perihal adik beradik lain pula, empati mendengar dan beri kata nasihat serta sokongan emosi.
Dan yang paling penting, sejukkan hati pengadu dan dorong untuk dia mengkayakan jiwa dengan sifat memaafkan dan dengan kasih sayang.
Dan, lagi bagus sekiranya kita mampu menasihati adik beradik yang menjadi bahan aduan itu.
Kita puji kebaikan kedua-duanya dan kita pujuk agar mereka berbaik semula.
Ini peranan hebat kerana kita dapat menjadi penyambung silaturrahim. Rujuk hadis Nabi Saw tentang pahala menyambungkan silaturrahim ini.
Tapi jangan sesekali menjadi batu api dengan menyampaikan kepada adik beradik yang menjadi bahan aduan itu.
Jaga bab ini.
Ini punca banyak perbalahan adik beradik.
Bukan kah masa kita kecil-kecil dahulu, bila ada adik beradik yang terlepas tangan ketika kita di kedai, kita bagai nak gila mencari?
Kita secara default settingnya, memang sedia ada menyayangi Along, Angah, Ateh, Alang, Achik dan Ucu.
Tapi syaitan tak suka kita saling berkasih sayang. Ingat ini.
Ingat janji kita masa kecil-kecil dahulu, yang kita mahu berkumpul adik beradik di syurga?
.
Perlu diingat, jika ada adik beradik yang susah, sakit atau miskin, itu adalah ujian untuk kita sebagai adik beradiknya juga.
Tuhan yang menghantar ujian sebegitu di dalam 'setandan pisang' keluarga.
Siapa lagi yang afdal membantu tolong dan menyokong adik beradik, jika bukan kita?
Bukan untuk mengiyakan segala perbuatan.
Sumber : Telegram