🌹 AKU 🌹


AKU,  hanyalah seorang wanita yang mana ilmunya tidak seberapa. Tapi in sha Allah akan mencarinya walau dalam keadaan aku merangkak sekalipun.

AKU, hanyalah seorang wanita yang tidak gemar akan sikap lemah lembut. Tapi, in sha Allah akan aku praktikkan sifat mahmudah itu. Kerana sebaik-baik wanita itu adalah yg berlemah lembut.

AKU, hanyalah seorang wanita yang tidak sesolehan yang kalian sangkakan. Aibku Allah tutupi dengan kain labuhku ini. Dan aku berusaha utk menutupi aibku dengan cara, tutup aib orang lain juga. Dan sebaik-baik hiasan di dunia ini adalah wanita solehah dan aku ingin menjadi hiasan yg terindah itu. Bukan utk tatapan ajnabi, namun sebagai perasai buat diri ini.

AKU, hanyalah seorang pendosa. Yang mana tidak lari dari melakukan dosa. Maksiat sana sini, ikhtilat berguling guling, aurat aku tak dijaga dengan baiknya. Aku masih melakukan kesalahan kepada Rabbku. Aku masih lalai dalam mengerjakan apa yg Dia perintahkan. Aku degil, aku pemalas.

AMPUNI KAMI YA RABB, KAMI HANYA LAH HAMBAMU YANG BENAR-BENAR KERDIL DAN HAMBA YANG SERING DERHAKA TERHADAPMU. AMPUNI KAMI, AMPUNI KAMI, AMPUNI KAMI. AAMIIN, ALLAHUMMA AAMIIN. 🍃

Coretan
Hamba Allah🌹

@mujahidahtunnafsi

No comments: