Usah dicemuh orang yg sedang berjinak² dengan hijrah. Usah kau lemparkan tomahan kepada si dia yang sedang mencari nur ilahi. Usah kau maki dia, usah kau perli dia, usah kau perbahaskan kisah silamnya.
Kalau kau terlalu mencari² kesalahan, mencari cacat celah sesorang. Bersyukurlah kerana Allah masih menutup aib kau, jika Allah buka sekaligus aib kau. Siapa yg hendak menerima kau sebagai teman, sebagai sahabat kerana Allah abadan abada.
Jadi, jangan terlalu mencari kesalahan org lain sedangkan diri kau dipenuhi dengan bangkai² dosa. 😢 muhasabah diri bersama.
Moga² kita semua mendapat hidayah dari Yang Maha Esa. In sha Allah aamiin
@mujahidahtunnafsi
No comments:
Post a Comment